Thursday, July 18, 2013

Cara mudah simpan wang - lima ringgit, lima ringgit, lama lama jadi bukit.....

5 ringgit baru

Seperti tajuk posting ini cara paling mudah menyimpan wang adalah untuk tidak membelanjakan wang kertas 5 ringgit anda. Cara ini saya temui melalui internet, tak ingat laman web apa tapi rasanya penulisnya berasal dari USA. 
apa yang diperlukan adalah


  1. wang kertas lima ringgit
  2. keazaman (mungkin sedikit obses...)
  3. kesabaran ( jika anda perlukan duit segera ini bukan caranya)
  4. bekas penyimpanan yang sesuai (jangan lupa lekatkan/.tulis tarikh bila kita mula menyimpan)
Cara caranya:-

Setiap kali anda berbelanja dan diberikan wang baki, jika terdapat wang kertas 5 ringgit cuma ketepikan saja wang itu. Bukan setiap hari kita diberikan baki wang 5 ringgit jadi, semakin banyak wang 5 ringgit per hari yang kita dapat ketepikan maka makin banyak tabungan kita.

Ketika mula mula membaca mengenai idea ini (saya terjumpa secara tak sengaja......) saya terus menjadi teruja kerana ada lebihan duit 5 ringgit yang ditukarkan sebagai duit raya.

Setiap kali duit 5 ringgit yang terkumpul memcecah seratus ringgit nilainya saya akan ketepikan dan mulakan kiraan semula hingga ia mencecah seratus ringgit.


Sebulan atau dua bulan sekali, buat semakan duit yang terkumpul dan catitkan tarikh dan juga jumlah wang 5 ringgit yang terkumpul.

saya mula mengumpul bermula tarikh 30/04/12 dan pada 29/04/13, setahun setelah saya mula mengumpul jumlah wang kertas 5 ringgit saya adalah seribu seratus ringgit........

semoga pengalaman yang dikongsikan dapat membantu menjadikan amalan menyimpan dalam diri anda.......

link ke laman laman berkenaan, saya dapati sekarang banyak terdapat laman laman yang bercerita mengenai berjimat dgn menyimpan 5 ringgit

http://livewellnetwork.com/Deals/episodes/Saving-$5-Bills/8247988
http://www.happysimpleliving.com/2011/04/14/five-dollar-savings-plan/
http://lifehacker.com/5880897/save-every-5-bill-for-a-painless-fun-way-to-build-your-savings-account
http://www.getrichslowly.org/blog/2008/07/21/turning-5-into-thousands/
http://moneysavingmom.com/2012/05/reader-tip-save-your-5s.html
http://www.rainbowsandhoneysuckle.com/2013/01/five-dollar-bill-savings-plan.html
http://consumerist.com/2008/07/25/get-rich-by-saving-every-5-bill/
http://www.mommysavers.com/c/t/197913/the-5-savings-plan-have-you-tried-it
http://skinnywrapgirls.com/money-saving-tips/
http://dailysavings.allyou.com/2012/07/31/five-dollar-savings-plan/
http://voices.yahoo.com/saving-money-one-5-bill-time-4724016.html
http://20-nothings.blogspot.com/2011/09/what-5-bills-taught-me-about.html